Pages

Friday, October 12, 2012

Tokyo Tower dan Shibuya

Selesai zuhur di surau Shin Okubo, bergerak ke Tokyo Tower. Tukar- tukar train, turun di Akabanebashi. Keluar stesen dah nampak Tokyo Tower. Tapi kena jalan ke sana mau dalam 700m kot.
Tokyo Tower dari luar Akabanebashi station.

Perut dah lapar ni, tadi restoran halal kat bawah surau Shin Okubo tu dah tak beroperasi rupanya. Sedih T__T. (Update Jan 2013: Merah Cafe, Indonesian restaurant still operates!) Apa lagi, haruslah menyusun ayat dari kamus. "Bejitarian ryori wa arimas ka?" Kedai pertama, takde dia kata. Ah jalan lah sampai je Tokyo Tower dulu.

Courtesy of http://merahputihcafe.wordpress.com/
Sampai kat sana, tengok dalam direktori kedai2 yang di base tower tu ada Family Mart. Boleh la try. Nampak onigiri, pegang, lepas tu tanya, watashi bejitarian dess. "Kore, daijobu des ka?" Dia kata ok je. Pastu, tambah lagi, "Soshte, arukaru, sake, wa nomimasen." Dia kata takde dalam tu. Oh apa lagi melahap lah Ayah. [Lepas tu, kawan bagitau tak cukup tanya tu, kena check emulsifier (nyukazai) sekali. Tapi onigiri ikan tu kira safe dah patutnya.] 

Tiket nak naik tower 820yen. Hmm tengok operating hours pukul 10 tutup, datang balik dengan Ummi la lepas balik kerja. Minatomirai line ke Shibuya baru 30 min.

Malam tu, datang balik dengan Ummi. Dari Minatomirai 656pm, sampai Tokyo Tower dalam 8pm. Haha sempat la sejam lebih kat tower. Tiket 820yen tu ke main observatory sahaja, kira2 145m. Ada satu lagi deck lagi kat puncak, tu kena tambah 600yen. Hmph takpe lah, cukup la main deck je.

Boleh nampak view Tokyo, Moint Fuji, hotel Ummi duduk pun boleh haha tapi nampak se'coet' je satu line. Pastu ada Lookdown Window, yang lantai dia see thru ke bawah. Ada kedai souvenir, pastu ada cafe, siap ada penyanyi lagi.

Beli barang sikit, then balik. Lapik perut dengan onigiri lagi haha. Singgah Shibuya before balik, nak tangkap gambar waktu malam. Hoh bila malam, baru nampak orang ramai gila compared dengan masa Ayah datang siang tadi. Ada yang baru balik keje dan ada yang melepak dengan kawan. Big screens pun nampak lagi jelas sebab malam.

Shibuya crossing - siang hari
Shibuya crossing - malam hari. (Haha, Ayah pergi Shibuya 2x dalam 1 hari!)

Terlepas train express ke Minatomirai, amik jugak Local sebab malas nak tunggu the next Express lagi 16 min. Alhamdulillah dapat jugak setel satu benda di Tokyo.

No comments: