Pages

Friday, October 12, 2012

Jumaat di Ebina

Hari ni plan nak solat Jumaat di Ebina Masjid. Boleh je dekat sikit macam Jamek Masjid Yokohama, nak lagi dekat seberang jalan je, opis Petronas di Sakuragicho. In fact, hari tu staff Petronas ada bagitau sebab makin ramai solat di opis Petronas, opis JGC pun dah buat solat Jumaat.


Tapi, ayah saja pilih nak pegi hari ni, sebab tak sure ke tak untuk pegi hari lain. Masa banyak lagipun, boleh la pegi jauh sikit.

Sekali silap amik train daa. Ayah dah kira elok dah dari Yokohama station, amik Sotetsu line 9 stops akan jumpa Ebina. Tak jumpa pulak platform yang naik ke Sotetsu line. Ayah pergi kat map, cari Ebina, nampak yang kena naik, Tokaido line, pastu tukar kat Chigasaki, naik ke arah Ebina. Hm amik yang tu je la.

Sekali dalam train, lama sangat nak sampai satu-satu station. Then it hits me, maybe map yang Ayah tengok tu, map company yang tak own Sotetsu line. Memang biasa map tak ada semua line esp kalau JR dengan Subways. Argh macam mana ni.

Turun kat Chigasaki tu, susun ayat tanya. Kalau jauh lagi nak sampai Ebina, patah balik ke Yokohama, solat jumaat di Petronas je. "Sumimasen, Ebina de, ichi jikan?" Excuse me, nak ke Ebina, 1 jam? Dia kata, "San ju fun." 30 min. 1130 sekarang, pukul 12, kira ok la, sempat kot. Sambung je la naik train dari Chigasaki pergi Ebina.

Haha, jauh detour. Patutnya Yokohama - Ebina. Jadi Yokohama - Chigasaki - Ebina pulak.
Turun Ebina, jalan ke arah padang, jumpa simpang empat ada McD, terus lagi, belok kanan, jalan lagi, first simpang pusing kiri, lalu parit, belok kanan, jalan keliling kuil ke arah highway, masjid ada sebelah kiri, tepi highway.

Ayah sampai 1225. Orang lain pun baru sampai dengan basikal dengan kereta. Masjid 4 tingkat. Tingkat 1, main hall dah penuh, so naik tingkat 2, nampak muka familiar. Habib, kawan ayah, student prep Jepun di Batu Tiga dulu. Punya la tak rancang, hebat Allah. Ayah memang ada emel dia before datang Jepun sebab hari tu dia kata nak pesan barang. Tak reply reply pun, so ayah ingat maybe dia busy ke atau tak jadi pesan apa2. Dia kata masuk spam kot, tu dia tak perasan. Punya la hepi dia haha.

Lepas Jumaat, dia ajak gi lunch kat kedai roti, yang memang Ayah plan nal cari pun lepas solat Jumaat. Dekat je dengan McD tadi Safee bakery ni rupanya.

Bersembang la dengan dia. Masjid Ebina ni, ada 4 tingkat, kalau Jumaat, penuh 4 tingkat. Kalau malam perhimpunan mingguan (malam markaz), penuh 2 tingkat. Ada jugak Japanese Muslims kat situ, ada seorang ni, Abdul Haq, siap tolong terjemahkan Muntakhab Hadith ke dalam bahasa Jepun lagi.

Kedai roti ni pulak, owner Muslim, staff campur2, ada Muslim, ada yang tak. Ada roti halal, beriani pun ada. Lepas jumaat, agak penuh la orang berhenti makan atau tapau bawak balik.


Other than that, pasal hidup kat sini, etcetc. Dah ambik nombor dia dengan sorang kawan di Chiba (sebab dia kata kalau gi Disneyland, singgahlah Makki Masjid Ohanajaya). Insya Allah panjang umur, boleh jumpa lagi. Hai kecik dunia ni, pergi negara lain pun jumpa orang yang sama haha.

No comments: