Pages

Wednesday, October 10, 2012

Jamek Masjid Yokohama

Akibat lama sangat mencari Galeri Nissan tu, kaki dah agak lenguh ni. Larat ke nak teruskan misi seterusnya, iaitu mencari Masjid Jamek Yokohama. Tengok dalam Google Maps, dari station nak berjalan ke masjid tu sekilo lebih ada. Unless naik bas, which tak sure pulak nak brrhenti kat mana. Tengok jam, baru 230. Hm silap2 sempat Asar jemaah ni kat sana, sebab Asar Hanafi lagi lewat dari Asar Syafii (bayang 2 galah instead of bayang 1 galah). Pergi jugak la.


Nakamachidai station tu, 10 stops dari Sakuragicho station. Train announcement pun bilingual, ada English. Peta elektronik pun ada indicate kita kat station mana. Turun Nakamachidai, cari landmark2 yg telah di-observe dlm google map. McDonald, Lawson, belok kiri, Honda Cars, belok kiri, 3 traffic light, kedai tayar belok kanan, masjid kat kiri.



Lega nampak masjid. Pastu bole pulak silap masuk pintu pompuan. Takde label pun kat luar, or maybe ada tapi dalam Jepun. Perasan bila tengok ruang solat tulis "Ladies Room", pastu tandas semua label pompuan. Haha mujur takde orang. Cepat2 keluar, keliling masjid, baru jumpa main door haha. Sempat la solat Asar berjemaah. Nak stay lama- lama, tapi bila pikir, nanti nak berebut dengan peak hours train, tak pernah ada experience.


Balik nak try naik bas tapi sebab bas lagi 8 minit, jalan je lah nikmati suburb. Budak2 baru balik sekolah, pastu ada sekolah buat latihan besbol, latihan bola. Hahhah macam drama Jepun.

Was expecting subway to be packed. Adakah macam dalam TV tu, yang kena ada orang padatkan dengan tolak2dari luar? Turns out tak pun. Siap bole duduk lagi. Agaknya kat Tokyo je gitu kot? Then baru teringat semalam yang staff yang Ummi nak ganti bagitau, peak hours sini lebih kepada pagi, bukan petang, sebab pergi serentak, balik berbeza2 waktu.

Sampai rumah dah Maghrib. Rehat dan solat, tunggu Ummi balik, then bole pegi makan dan jalan2 (tapi tak banyak choice sbb banyak attraction petang dah tutup).

Lepas ni cerita gi kedai makan pulak. Dan "Akihabara" untuk Yokohama.

No comments: